Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan manusia. Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan isi bumi ini.
Sudah seminggu bermulanya sem dua di Universiti Yarmuk, Jordan. dan sepanjang minggu ini, pelbagai masalah, bencana, malapetaka dan perkara yang seumpamanya yang berlaku. Di Mesir, terjadinya rusuhan besar- besaran. Di Malaysia, dengan masalah politik yang x pernah habis dengan di tambah dengan masalah sosialnya.
apa nak jadi la dengan zaman sekarang ini..
antum suma tahu kan pasal rusuhan di Mesir tu??..sebab kezaliman pemerintah di negara itu, Hosni Mubarak.. jangan kita ingat semua negara arab ini aman sebenarnya.. kita x tahu apa yang berlaku disebaliknya.. disebalik keamanan tu, terdapat juga masalah..
saya pernah bertanya kakak serumah saya.. kita sudah sedia maklum bahawa Mesir merupakan gedung ilmu dan di dalamnya terdapat sheikh2 dan ulama'2 yang terkenal .. tetapi kenapa mereka ini tidak mampu nak melakukan sesuatu untuk menolak idea2 jahat pemerintah mereka??..
cuba kita lihat di Malaysia..kenapa tidak ada yang membangkang atau bersuara apabila terdapat ketidakpuasan dalam rancangan yang di jalankan oleh pemerintah.. satu sahaja sebabnya.. sebab kita tidak ada kuasa untuk membangkang.. tetapi kita boleh lakukan sesuatu dalam diam-diam.. yakni melaksanakan rancangan yang tidak akan mencetuskan sebarang diskriminasi antara kita dan pemimpin.. yang boleh memudharatkan kita..disamping, berdoa kepada Allah..betul x???..(kalau salah atau ada sebarang tambahan, harap boleh di utarakan)~ fahamkan maksud saya?..
sudah la.. nasi sudah menjadi bubur.. sejarah tetap menjadi sejarah.. tidak boleh di patah balik lagi.. sejarah itu lah yang menyedarkan kita sebenarnya.. belajar daripada kesilapan.. tanpa sejarah, hidup tidak akan bererti..
wallaua'lam..
p/s: saya nak minta maaf sekiranya terdapat ayat yang menyakitkan hati pembaca2 sekalian.. saya hanyalah insan biasa yang sedang berjinak2 dalam bloggers ini..dan ayat saya hanyalah biasa sahaja dan tidaklah sebaik bloggers yang lain.. tetapi, inshALLAH, saya akan belajar sedikit demi sedikit untuk menghasilkan post yang betul3 menarik.. sekian, terima kasih kerana sudi membaca blog saya..
No comments:
Post a Comment