Saturday, September 10, 2011

CINTA



CINTA
apakah itu cinta??
benarkah aku cintakan dia??

kami tak pernah bersua muka,
kami tak pernah bercakap di dalam telefon,
cuma hanya di mesej dan facebook.
adakah ini juga dinamakan cinta??.

yup!
memang cinta itu tulus mulus,
terima seadanya,
paras rupa tidak penting,
cuma keikhlasan dan kejujuran dalam mencintai dan menyayangi.

Cinta itu datang tanpa sebab,
ia lahir dari hati yang ikhlas,
kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan di pegang,
namun, ia dapat dirasai di dalam hati.



kadang-kadang
kita terpaksa melepaskan cinta,
kerana cinta itu tidak boleh dipaksa...

kita ada hak untuk mencintai dan dicintai,
kerana ia adalah nikmat yang telah dianugerahkan olehNYA,
tapi
memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang rasmi itu bukan hak kita.


Andai kita harus melepaskan cinta,
jangan pernah TAKUT !!
kerana mungkin Allah telah menggantikan dengan yang jauh lebih baik daripada apa yang kita cintai sekarang.





No comments:

Post a Comment