Friday, November 11, 2011

SALAM AIDILADHA


Bismillah.

Alhamdulillah.
masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat iman dan islam di bumi bertuah
masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar pagi jumaat yang penuh barakah
masih diberi kesempatan untuk merasai kedinginan angin syita'(musim sejuk) 
dan yang paling penting
masih diberi kekuatan untuk meng-update blog yang telah sekian lamanya sepi.

Alhamdulillah
raya tahun ni sangat meriah berbanding tahun lepas
walaupun tanpa kehadiran ibubapa yang disayangi
tetapi tetap meriah dengan adanya teman-teman yang sentiasa ada di sisi
tatkala sedih, gembira, susah atau senang
itulah namanya pengorbanan..
(saya dah berkorban, anda bila lagi^^)

Kami saling ziarah-menziarahi antara rumah
menghadiri open house yang dibuat
merewang-rewang memotong daging di bayt PUSKOM
berkenal-kenalan antara senior dan junior
berkenal-kenalan antara ghair mutazawwij(belum kahwin) dengan mutazawwij(dah kahwin)
berkongsi cerita hidup sesama kami
begitulah raya kami di sini..
(betapa rapatnya ukhuwah kami !!masyAllah)

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Tidak lupa juga beraya di rumah kawan arab di syunah
yang penuh dengan adat-adat mereka tersendiri
bahkan dijamu pula dengan hidangan duwali (makanan arab)
beserta ayam berempah
fuhh! tersungguh sedap sekali
malahan, diberi pulang bersama
sedikit buah-buahan dari kebun 
dan sedikit barangan dari kedai mereka.
(betapa hormatnya dan sukanya mereka kat pelajar-pelajar Malaysia).

meskipun beraya di perantauan
bersama teman-teman yang lain
saya tidak pernah melupakan keluarga saya di Malaysia
dengan harapan mereka pun berbahagia meraikan hari raya tanpa saya untuk kesekian kalinya.

rindu mak, ayah,dan adik-adik yang lain. :(

END..

p/s: sempat lagi kan nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk semua pembaca-pembaca blog setia saya (perasan je kan^^) whoaa!!













No comments:

Post a Comment