Friday, February 17, 2012

ERTI SEKEPING KAIN ITU



Teringat akan satu perbualan di antara saya dengan seorang jejaka tentang pemakaian purdah ni.

'' suka betul awak dengan orang yang berniqab (berpudah) ni eh? ''tanya saya kerana melihatkan dia suka sangat post gambar perempuan berniqab.

then dia jawab. ''salah ke? ''

''tak salah pon. bagus lah ''. pastu saya sambung lagi. ''carilah isteri yang berniqab nanti eh. ''

''kita boleh kan bimbing isteri kita pakai niqab nanti ?'' (sekiranya dia tidak memakai niqab sebelum berkahwin)

''awak nak buat macam tu? '' saya menyoal.

''yup, saya nak buat macam tu''. dia menjawab.

''owh, baguslah. ''.
 then saya menjawab lagi.
 ''saya tak pakai niqab2 nih'' jujur saya mengaku.

''kenapa awak tak suka?''.dia menyoal setelah berdiam selama beberapa saat. mungkin berfikir agaknya ^^

pastu saya membalas dengan selambanya.
''awak ingat pakai niqab ni senang?. awak tak pernah merasa camne.''

................................................................................................................................................................

Memang memakai niqab adalah satu wasilah (jalan) untuk mendekatkan kita kepada Yang Maha Pencipta dan juga untuk mengelakkan fitnah dunia terutama dari mata-mata sang jejaka.

Selain itu juga kita dapat merasakan kemuliaan yang telah Allah berikan kepada kita yang memakainya dimana orang yang tidak memakainya tidak akan pernah merasa sebegitu rupa.

Kemuliaan itu datangnya atas nama TAQWA. Itu yang menjadikan mereka tinggi di mata manusia.
Tetapi ..

Bagaimana sekiranya mereka memakai atas sebab menunjuk-menunjuk?
Bagaimana sekiranya mereka memakai atas sebab terikut-ikut?
Bagaimana sekiranya mereka memakai atas sebab mahukan penghormatan?
Bagaimana sekiranya mereka memakai atas sebab mahukan perhatian dari sang jejaka di luar sana?
Bagaimana sekiranya mereka memakai atas sebab mahu menjadi ustazah jadi-jadian?
Bagaimana sekiranya mereka memakai atas sebab keterpaksaan?

Sekeping kain itu tidak ada nilainya sekiranya tidak dipakai kerana Allah.

Allah menilai hati bukannya sekeping kain itu.

Cuba tajdid (perbaharui) niat anda semua balik.

Muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka agar dirinya terpelihara dari fitnah dunia , akan dikurniakan Allah satu nikmat kehidupan dunia yang tidak di rasai oleh orang tidak memakainya.

 Kekadang bila melihatkan kawan-kawan yang sudah berniqab, terfikir sejenak dalam hati.

''Kenapa aku tak boleh jadi seperti mereka? ''

''Adakah kerana aku masih belum bersedia? ''

''Adakah kerana dunia sekarang berbeza dengan dunia pada zaman dahulu? ''

''Adakah kerana pengaruh zaman era moden sekarang yang tidak mengharuskan perempuan berniqab berbanding negara-negara arab yang lain? ''

Adakah? Adakah? Adakah?
Pelbagai persoalan yang timbul dalam benak hati ini.

Ya, memang aku belum bersedia!!

bersedia untuk menghadapi dugaan yang bakal mendatang.
bersedia untuk menghadapi segala buah mulut orang sekeliling.

kerana aku belum cukup kuat. ya Allah !!

aku bukannya solehah,
aku cuma lahir dari keluarga yang sederhana,
sederhana juga dalam beragama,
tidak seperti orang lain,
yang sangat menjaga syariatMu,
yang sudah menghafaz ayat-ayat cintaMu.

Allah Allah Allah.

Berilah petunjuk kepada hambaMu ni. T.T
Mereka yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebaikan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagian itu khusus untuk hat-hati mereka.
Sekian.

Rujukan: Nilai Sekeping Kain itu

2 comments:

  1. Salam...nice blog,nice entry..
    Singgah sahur jap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam w.b.t .
      terima kasih sudi singgah blog saya^^
      Jazakallah kheir.

      Delete