Sudah hampir sebulan, saya mengikuti tarbiyah . Pada mulanya perasaan ini tidak wujud dalan jiwa, apatah lagi mahu mengikuti usrah-usrah yang dijalankan hampir pada setiap minggu. Pelbagai alasan dicipta.
''argh, malasnya nak join usrah-usrah ni''
''alah, aku takut tak boleh bagi komitmen lah dekat usrah ni''
''taknak lah join-join usrah ni. kang sesat pulak''
Pelbagai alasan mula mempengaruhi minda ini. Tambahan pula. apabila dengar-dengar dari kakak senior tentang usrah-usrah yang membawa ke arah assabiyah(berpuak-puak). Nauzubillahiminzalik
Tapi setelah setahun berada di Jordan tanpa tarbiyah, hati mula tak keruan. mula mencari-cari sesuatu yang boleh mengubat hati dan mengisi jiwa.
Hidup yang dahulunya diselimuti dengan karat jahiliyah terasa seakan-akan bukan suatu kesalahan dan dosa.
Hidup yang dahulunya jarang bersolat jemaah apatah lagi di awal waktu.
Hidup yang dahulunya tidak mahu peduli tentang apa yang dilakukan sahabat-sahabat lain.
Hidup yang dahulunya penuh dengan kebencian dan hasad dengki dalam hati.
Alhamdulillah setelah mendapat sentuhan tarbiyah daripada Allah, hati ini terbuka untuk mengikuti usrah yang dikendalikan oleh satu badan khas di Jordan.
PERUBAHAN
Mula-mula memang agak degil untuk berubah. Sebabnya kita sudah terbiasa hidup dalam kepompong jahiliyah.
Memang agak sukar untuk berubah sebenarnya. Dan berubah bukanlah dalam waktu yang singkat sahaja bahkan mengambil waktu yang agak lama.
Tetapi kalau bukan kita sendiri yang mengubahnya, siapa lagi?
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perubahan berlaku. Dari jarang bersolat jemaah kepada solat berjemaah selalu dan solat di awal waktu. Dari ketidakpedulian sahabat sekeliling kepada peduli dengan kasih sayang.
Pelbagai lagi lah.
Tarbiyah itu tidak datang dengan sendirinya tanpa kita perlu berusaha.
Ibarat seperti kek coklat.
~kek birthday untuk yg ke 19 tahun~
Saat kita mahukannya, kita akan cuba untuk membuatnya biarpun kita tidak pernah membuatnya sebelum itu. Mulalah mencari-mencari resepi di laman internet dan membeli barang-barang yang diperlukan di kedai-kedai berhampiran. Mengukat tepung dengan kadar yang diperlukan sahaja dan kaedah-kaedah lain yang mungkin bukan mudah pada hakikatnya. Jika tersilap langkah, mungkin akan menghasilkan kek yang tidak sedap atau sebagainya. Dan apabila semua proses sudah dilakukan dengan tepat dan betul, maka terlahirlah sebuah kek yang sedap dan lazat disaluti dengan coklat.
Begitulah juga tarbiyah.
Mentarbiyah diri itu bukanlah perkara yang mudah. Malah memerlukan kekuatan dan mujahadah yang berterusan serta konsisten untuk menghasilkan peribadi yang baik .
Mujahadah untuk melawan hawa nafsu.
Mujahadah dalam meloloskan diri dari karat-karat jahiliyah.
Mujahadah dalam bersabar.
Kerana semua inilah menjadikan kita kenal erti kehidupan yang sebenar. Kenal di sebalik mengapa kita diciptakan di atas muka bumi ini.
''Apakah mereka mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ''Kami telah beriman'' dan mereka tidak diuji? '' [29: 2]
KEPENTINGAN TARBIYAH.
Islam pernah mencapai kegemilangannya pada suatu ketika dahulu. Di mana umat Islam pada ketika itu memeluk agama Islam secara berbondong-bondong (berpuak-puak).
''Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah'' [110: 2]
Tidakkah kita pernah terfikir bahawa Islam pasti akan naik semula suatu hari nanti?
Dalam pepatah ada mengatakan:
''Sejarah pasti akan berulang''
Siapakah yang akan naikkan semula Islam? Adakah orang Cina, orang India, atau kafir laknatullah?
KITA. Kitalah yang akan naikkan kembali Islam sepertimana zaman kegemilangan Islam ketika pembukaan kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Kitalah yang akan menjadi penyelamat orang-orang Islam daripada kelalaian dunia.
Kitalah yang akan menjadi penyelamat orang-orang Islam daripada terus dibelenggu jahiliyah.
Kitalah yang akan menjadi penyelamat orang-orang Islam untuk menyedarkan mereka kembali hadaf (tujuan) mereka diciptakan.
KITA, KITA dan KITA.
Maka sedarlah wahai orang-orang yang beriman.
Sedarlah daripada perhiasan dunia yang sementara ini. Jangan terlalu lalai dan suka dengan apa yang kita ada sekarang. Kerana semua itu bukan milik kita, malah milik Allah yang kekal abadi.
PENUTUP.
Tarbiyah itu sangat penting dalam membentuk individu muslim yang beriman dan bertaqwa. Tanpa tarbiyah, hidup tidak akan sempurna.
Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
InsyAllah kita sama-sama didik jiwa kita, didik hati kita dengan tarbiyah. Sesungguhnya Allah sentiasa menolong hamba-hambaNYA.
Sekian.

masha Allah,jangan pernah lupa,merasa berjasa pada Dia yang mengizinkan mak cik hidayah mengetuk pintu hati anda :)
ReplyDeletesemoga terus thabat,dakwah ini panjang,lambat dan susah tapi safeway.insha Allah 5:16
aliyah=) .. malu ada orang baca.hehe
Deleteterima kasih sebab engatkan..
semoga hati ini terus kuat dalam mujahadah ni.
doakan kita tau^^
Tarbiyah itu kehidupan..
ReplyDeleteDoakan sama2 kita usaha ke arah redha Allah.. (k arfie) :-)
k. arfieeee.#haish,malu2#^^
ReplyDeletebetul betul.. tanpa tarbiyah, rasa hidup ni tak bermakna dah.:)
sama-sama kita berusaha untuk mencapai redhaNya.aameenn