Monday, June 11, 2012

Islam vs Jahiliyyah

Bismillah.





Kalian tahu kenapa air tidak boleh bercampur dengan minyak?
Kenapa selalunya minyak akan berada di atas, air pula di bahagian bawah cawan?

Sape boleh tolong jawabkan? anyone budak-budak science?^^

Sebabnya ketumpatan minyak adalah lebih besar berbanding air. Betul tak? *betul betul betul**

Itulah sebabnya minyak dengan air tidak akan pernah bercampur antara satu sama lain. Jika bercampur, secara tak langsung akan terpisah kembali.

Begitu juga dalam Islam.

Dalam menTauhidkan Allah, kita tidak boleh mencampur-adukkannya dengan sebarang kesyirikan kepadaNya walaupun sedikit. kerana Tauhid dengan Syirik tidak akan pernah menyatu walaupun seminit.

Tauhid adalah tauhid , dan Syirik adalah syirik. Tak kan pernah sama ada dari segi makna atau segala isi didalamnya.

SURAH AL-KAFIRUN[1-6]


Dalam surah ini memberitahu kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w menafikan secara tegasnya tentang pengabdian kepada Tuhan yang lain selain daripada Allah.

Orang-orang kafir beranggapan bahawasanya perlunya pengantaraan antara mereka dengan Allah. Dan mereka percaya bahawa makhluk yang paling sesuai untuk menjadi pengantara ini adalah malaikat dan jin kerana mereka lebih dekat dengan Allah. Semua ini adalah karut belaka.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w datang kepada mereka dan menerangkan bahawa agamanya adalah agama Ibrahim a.s lalu mereka pun menjawab bahawasanya agama mereka juga adalah agama Ibrahim a.s dan mempersoalkan adakah perlunya bagi mereka untuk meninggalkan agama mereka untuk mengikut Nabi Muhammad s.a.w.?

Serentak dengan itu, mereka berusaha untuk memujuk Rasulullah s.a.w agar mempersetujui satu jalan tengah antaranya dengan mereka supaya Nabi Muhammad bersetuju menyembah tuhan-tuhan mereka dan sebagai balasannya mereka akan menyembah Tuhan Muhammad.

Lalu Allah telah menurunkan surah ini untuk menolak usaha tawar-menawar dan seterusnya meletakkan garis pemisah yang tegas antara ibadah mereka dengan ibadah Islam, di antara sistem mereka dengan sistem Islam dan di antara pemikiran mereka dengan pemikiran Islam.

Cuba kita lihat satu-persatu ayat dalam surah ini.

'' Katakanlah (Muhammad), wahai orang-orang kafir '' [1]

Dalam ayat ini , Allah menyifatkan mereka dengan keadaan mereka yang sebenar iaitu orang kafir.

'' Aku tidak menyembah Tuhan yang kamu sembah'' [2]

Ibadahku tidak sama dengan ibadah kamu dan Tuhanku tidak sama dengan Tuhanmu.

'' Dan kamu tidak menyembah Tuhan yang kamu sembah'' [3]

Ibadah kamu tidak sama dengan ibadahku dan Tuhan kamu tidak sama dengan Tuhanku.

'' Dan aku bukanlah Penyembah Tuhan yang kamu sembah'' [4]

'' Dan kamu juga bukanlah Penyembah Tuhan yang aku sembah'' [5]

''  Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku'' [6]

TIADA JALAN PERTEMBUNGAN


Cuba kita bayangkan sekiranya hari hujan. Kita mahu mencari tempat berteduh untuk tidak membiarkan diri kita terus-menerus dibasahi air hujan. Mana mungkin akan kita membiarkan sebelah tubuh badan kita ditimpa hujan manakala sebelah yang lain dibawah teduhan.

Islam tetap Islam. Jahiliyah tetap Jahiliyah.

Diantara keduanya terdapat satu perbezaan yang sangat jauh. Mana mungkin dapat dicari persamaan antara keduanya.

Satu-satunya jalan adalah keluar dari keseluruhan jahiliyah dan masuk ke dalam keseluruhan Islam atau tinggalkan Jahiliyah dengan segala apa yang ada padanya dan pindah kedalam Islam dengan segala apa yang ada padanya.

'' Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu'' [ 2:208 ]

Dalam melaksanakan dakwah, tiada dakwah yang separuh masak, tiada dakwah tolak-ansur ditengah-tengah, tiada dakwah yang sekadar membetulkan yang cacat dan tiada dakwah tampalan-tampalan, malah dakwah kepada Islam adalah dakwah yang putus dari jahiliyah.

PENUTUP


Dalam kehidupan seharian, tarbiyah memainkan peranan yang sangat penting untuk mengelakkan kita dari terjerumus dalam perkara jahiliyah.

Kadang-kadang secara tidak sedar, kita telah melakukan perkara jahiliyah walaupun sekecil alam. seperti melambatkan solat, menonton cerita-cerita yang tidak bermanfaat, membuang masa dan sebagainya.

Memang sukar untuk membuang sisa-sisa jahiliyah dalam diri. Andai kita ikhlas untuk berubah dan bermujahadah dalam setiap perkara yang kita lakukan, insyAllah Allah pasti akan memberi petunjuk kepada hamba-hambaNYa.

wallaua3lam.
sekian.




No comments:

Post a Comment