Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. sedar tak sedar, kita sudah memasuki 1 Ramadhan, bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang Islam untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan beribadah kepadaNya kerana pada bulan ini lah pintu-pintu syurga yang tak tahu nak gambarkan luasnya macam mana telah terbuka untuk kita, hamba-hambaNya. Betapa kasihnya Allah dekat kita sebab Dia telah menyediakan satu bulan khas untuk memberi peluang kepada kita-kita ni memperbaiki diri setelah berbulan-bulan sibuk dengan hal-hal keduniaan.

Alhamdulillah juga sebab Allah masih memberi peluang kepada kita dengan masih meminjamkan nikmat nyawa dan hidup dalam iman dan islam ini untuk bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang lain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah sebanyak-banyaknya kerana kita tak tahu , adakah mungkin Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terakhirnya untuk kita?.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

So, jangan bazirkan peluang yang telah diberi dan memanfaatkan setiap detik dan masa yang ada ini untuk terus melakukan ibadah kepadaNya. :-)

          ''Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mengucapkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur'' [ 2 : 185 ]


Semoga dengan kedatangan bulan mulia yang penuh barakah ini, bulan dimana Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w diturunkan (Al-Quran) , marilah sama-sama kita tingkatkan amalan kita, memperbaiki diri mana yang terkurang seiring dengan peningkatan iman kita kepada Allah s.w.t untuk kita terus beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah , bukan sahaja untuk bulan yang mulia ini tetapi juga untuk bulan-bulan yang seterusnya

Untuk itu, kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, sama ada dikenali mahupun tidak, kepada ibu-bapa, guru-guru, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, murabbi-murabbi dan semua kaum muslimin dan muslimat yang berada diatas muka bumi ini..

Pada kesempatan ini saya dan teman seperjuangan, Siti Salwana binti Salehan ingin mengucapkan...

KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR
كل عام وانتم بخير

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL- MUBARAK ^^

Kami ingin memohon sejuta kemaafan andai pernah terlanjur membuat kesilapan dan dosa kepada kalian semua, menghalalkan segala makan-minum kami dan sentiasa mendoakan kami untuk terus kuat dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan duri ini.

Akhir kata, semoga dengan Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan kepada kita untuk menjadi seorang manusia dan hamba yang benar-benar ikhlas dalam menunaikan kewajipan kepada Penciptanya(Allah).



Sekian dari perantauan.

#xboleh nak upload gambar. internet lambat.





No comments:

Post a Comment