Thursday, January 26, 2012

Lepaskan Dia Pergi

Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim,
'' AKU LEPASKAN DIA PERGI''

abaikan je nama tu. ^^

Usah di kenang-kenangkan pengharapan yang belum pasti terjadi.
kerana ia akan melukai hati sendiri.
Berharaplah kepada yang pasti Memberi.
InsyaAllah Dia pasti akan memberikan yang terbaik untuk diri.
ya, mungkin bukan sekarang.
tapi bila masanya sudah tiba.

 Ku pendamkan perasaan ini, Ku rahsiakan hati ini. Kerana ku tahu lelaki yang soleh untuk perempuan yang solehah. 
                   ''Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.'' [Surah an-Nur: 26 ]

Aku lepaskanmu pergi
bukanlah bermakna aku membencimu.
Aku cuma mahukan hubungan kita diredhai Allah
hubungan yang berlandaskan syariatNya
hubungan yang hanya sah selepas akad nikah.

Kadang-kadang aku terfikir
aku harus berkeras dan bertegas
dalam mempunyai perhubungan yang tidak pasti dan sia-sia
yang mana ia dipenuhi dengan desakan hawa nafsu dan bisikan syaitan semata
biarpun ia bukanlah perkara yang mudah dan senang bagiku
namun itulah di namakan mujahadah
muajahadah dalam menegakkan syariatNya.

Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku benar-benar layak untuk engkau?


Hidupku penuh dengan karat jahiliah dulu kala,
namun engkau berbeza dengan diriku
aku malu keseorangan
malu dengan engkau,
malu lagi dengan Allah.
ya Allah ,ampunkanlah dosaku!


Aku tekad,
aku harus kekalkan prinsip hidupku dalam menggapai redha Ilahi.
aku mahu berubah
biarpun ianya bukanlah perkara yang mudah.

Akhir kata,
aku cinta pada muslim soleh
tetapi jangan singgah dihatiku jika belum masanya
kerana hatiku mudah terusik.
maafkan daku.





No comments:

Post a Comment