Friday, January 20, 2012

WINTER BREAK

Bismillah.
Alhamdulillah berakhir sudah sem pertama bagi tahun kedua belajar di Universiti Yarmouk.
dan bermulalah pula cuti Winter Sem di Irbid, Jordan.

actually, masih menunggu salji turun dekat irbid. :(

ya, dekat irbid sahaja masih belum turun salji
manakala di bahagian wilayah-wilayah yang lain sudah pon turun salji seperti di Amman, Ajloun dll .
cuaca sejak akhir-akhir ni pula agak mendung dan hujan batu
sehinggakan suhu mencecah 1 darjah celcius
sejuk sangat.^^

Alhamdulillah berlalunya seminggu cuti 
banyak benda telah aku manfaatkan.
bermulanya pendaftaran di Fitness One pada awal bulan ini
membuatkan  aku dengan kawan-kawan yang lain istiqamah exercise setiap hari sejurus selepas solat Asar.^^

mungkin ramai yang bertanya apa motif dan tujuan aku mendaftar Fitness One ni
bukan untuk mengurangkan berat badan atau seumpamanya
tetapi hanyalah untuk mengisi masa lapang dengan beriadah lagi-lagi musim winter sekarang ini
kerana cuaca sejuk telah menyebabkan nafsu makan semakin menjadi-jadi .

bukan gambar sebenar

Dan baru-baru ni pula aku telah menghadiri program Daurah MMY
yang telah dianjurkan oleh pihak ASM (Akademi Syariah MMY ) yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 18/1 dan telah berakhir semalam, 19/1.
dengan membawakan tema '' Discovering Syariatullah ''.
Antara topik-topik hangat yang di bincangkan adalah mengenai Sariqah (Pencuri) pada hari pertama dan Akad Zawwaj (Perkahwinan) pada hari yang kedua.
dan di bentangkan oleh ahli-ahli ASM dimana mereka diharuskan untuk membedah pelbagai kitab-kitab untuk menambah kefahaman mereka dan mencari kesahihan bagi sesuatu hukum.

Alhamdulillah, pelbagai info dan maklumat baru yang aku telah perolehi
Antaranya dari segi hukum-hukum Sariqah dan dalil-dalil yang membuktikan Sariqah
serta kaedah-kaedah pemotongan .

Mari aku kongsikan sedikit ilmu yang aku ada kat korang semua.^^

Dalam ayat 38 Surah al-Maidah menunjukkan dalil kepada hukuman ke atas sariqah yang berbunyi begini:

''Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) satu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana''
perasan tak yang ayat ni bermula dengan laki-laki?
didahulukan lelaki dalam ayat ini kerana lelaki sifatnya terlebih aktif daripada wanita dan tidak boleh duduk diam. kalau kita lihat, mana ada wanita yang mencuri motor, meragut dan sebagainya. itu semua kerja laki-laki.^^ betul tak?

dan sekiranya si pencuri itu melakukan kesalahannya buat kali kedua setelah menerima kesalahan (potong tangan kanan) maka harus dipotong kaki kirinya pula dan berikutnya.
-tangan kanan-kaki kiri-tangan kiri-kaki kiri

seram tak?.ada ke yang sanggup anggota badannya dipotong ?.kalau takut, janganlah mencuri.
ya . mungkin manusia tidak melihat kamu mencuri tapi Allah tu Maha Melihat dan sentiasa ada bersama kita. Ingat tu !.^^

kenapa Malaysia tak melaksanakan hukuman sebegini? kalau tak mesti ramai yang dipotong tangannya gara-gara menyeleweng duti syarikat dan sebagainya..hehe

hukum Hudud tu hukum Allah yang mana fungsinya mendidik dan mencegah dari terus melakukan kesalahan. kenapa kita perlu takut sedangkan kalau kita melakukan perkara-perkara yang baik, hukuman sebegini tidak akan menimpa kita. betul tak?

okay, kita masuk pulak bab Akad Zawwaj (perkahwinan).

''Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui'' [Surah an-Nur :32 ]
kalau bab-bab kahwin ni mesti semangat kan?? ish3 :D

Hukum perkahwinan menjadi wajib sekiranya seseorang itu yakin akan berlaku zina sekiranya tidak berkahwin dan dia mampu dari segi nafkah perkahwinan (mahar dan nafkah isteri). sesiapa yang rasa dia dah mampu tu, kahwin jelah..^^
jangan lupa pulak apabila seusai sahaja akad nikah, pelbagai hak dan tanggungjawab akan terus digalas bagi setiap pasangan suami dan isteri. Ingat tuu. ^^ bukan kahwin suka-suka je ye

Bila mana sesebuah perkahwinan itu telah mencapai maqasid(tujuan) sebenar perkahwinan maka perkahwinan itu telah diredhai Allah dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.

korang tahu tak ada pelbagi jenis perkahwinan yang wujud pada zaman sekarang?.sini aku ceritakan.

1. Nikah Misyar (نكاح مسيار)
    Pernikahan yang sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat pernikahan secara syari'e dan diredhai oleh suami dan isteri pada pengguguran sebahagian hak-hak pernikahan sama ada suami ataupun isteri dan kedua-duanya bersepakat mengiklankan pernikahan itu dalam keadaan yang ditetapkan.

kiranya dekat sini, suami tidak perlu memberi nafkah zahir, tempat tinggal kepada isteri sehingga waktu yang telah ditetapkan mengikut kesepakatan mereka.Perkahwinan ini khususnya untuk pelajar kerana masih kekurangan wang untuk memberi nafkah.Perkahwinan ini juga dinamakan juga nikah gantung.
pendapat ijtima' ulama tidak bersetuju  tetapi sekiranya di lakukan juga sah akad nikah tetapi makruh.

2. Nikah Mut'ah (Nikah kontrak)
   Aqad si lelaki ke atas si perempuan dengan aqad perkahwinan dalam tempoh tertentu dengan mahar tertentu.

Dalam kes ni, wali dan saksi bukan menjadi syarat sah nikah. malahan lelaki boleh bermut'ah dengan beberapa sahaja wanita yang dia kehendaki tanpa had.

Ijtima' ulama mengharamkan perkahwinan sebegini tetapi syiah membenarkan (jangan ikut lah ye pengikut ni).

3. Nikah 'Urfi (نكاح العرفي)
    Akad nkah yang sempurna rukun-rukun dan syarat-syarat yang di syariatkan tetapi tidak direkodkan di mahkamah syariah.

contoh macam kahwin lari la kot kan?

hukum nikah sebegini adalah sah akad nikah tetapi haram dari segi siasah.

wallahua3lam..
semoga info baru ini dapat memberikan kita manfaat, insyAllah.

nak cerita panjang-panjang tapi takut korang bosan..^^
okay, lain kali kita cerita-cerita lagi deh. =)
perut pulak sudah berkeroncong menandakan lapar.. hehe

okay,chow dulu. assalamualaikum

peace no war ^^v










No comments:

Post a Comment