~AQABAH~
Kami telah bangun pagi seawal 5.00 pagi untuk menunaikan solat subuh
serta mengemas beg dan barang2
sebab kami akan check out hotel pada jam sepuluh pagi
kami sempat bermandi- manda di pantai Aqabah
actually, kami diminta untuk memilih sama ada untuk bermandi-manda or shopping
bila memikirkan duit yang semakin sedikit, kami memilih untuk bermandi-manda
airnya sudah la sejuk ditambah dengan angin pagi musim sejuk
wow.. memang menggigil la..
setelah itu, kami menaiki bot kaca sambil menikmati keindahan kehidupan di dasar lautan
actually, ini merupakan kali kedua saya menaiki bot
kali pertamanya semasa kem Pandu Puteri di Gunung Tahan, Pahang
apa yang membezakan dengan bot kaca ini ialah
kita boleh melihat kehidupan dasar lautan melalui kaca yang terletak di bawah bot
wow, best2
pelbagai hidupan laut yang kami lihat
kereta kebal pon ada
setelah check out hotel, kami meneruskan perjalanan ke Wadi Rom
agak lama juga la
sehinggakan semua orang tertidur akibat kepenatan
akhirnya, sampai juga ke Wadi Rom
kami memulakan ekspedisi kami dengan jeep tours
meninjau2 sekitar Wadi Rom
pemandangan di sini sangat cantik
walaupun yang ada hanyalah batu dan padang pasir
di sini juga, kita dapat melihat matahari terbenam
dan keindahan ciptaan ALLAH
terasa bagaikan berada di padang pasir
bertemankan unta dan kuda
kami mengambil masa yang lama di Wadi Rom
sehinggakan kami tidak sempat untuk ke Petra
kerana Petra tutup pada pukul 4 petang
akhirnya, kami memutuskan untuk bermalam di rumah persatuan di Mu'tah
iaitu Wisma Negeri Sembilan
Mu'tah adalah sebuah perkampungan dan cuacanya adalah lebih sejuk berbanding Irbid
di sebabkan itu, kami dikehendaki untuk membawa hirom
~kami semua tidur dalam kesejukan~
beralaskan hirom dan berselimutkan selimut nipis
memang menguji ketahanan badan untuk bertahan dengan angin yang sangat sejuk
walaupun hanya terdapat satu sahaja sobah
itu tidak mencukupi untuk menampung rumah yang agak besar

No comments:
Post a Comment