Wednesday, January 12, 2011

  RAHMAT MENJADI WANITA ISLAM

khusus bagi yang sudah berkahwin ataupun yang sedang bertunang ataupun yang tiada apa2 hubungan dengan keduanya..

 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
  yang jahat.

 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
   rakaat solat wanita yang tidak hamil.

 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu
   badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
    keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
   menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
  orang hamba.

 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
   melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
   rahmat.

 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah
   dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
   lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan
   bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
   suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

 10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
   yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
   hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

 11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan
  oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
   berkatkan rezekinya.

 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
  seperti meyapu lantai di baitullah.

 14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
  mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

 15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

 16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

 17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
  dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
  haji.

 18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
  dikira sebagai mati syahid.

 19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
  tahun solat.

 20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
  maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
  wajib baginya.

 21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
  Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

 22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
  emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
  tola perak.

 23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
  syurga.

 24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala
  80 tahun ibadat.

 25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
  tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
  iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

     p/s : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
     Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
     Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga
     kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu
     belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
     kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah
     Syurga dan bukannya Neraka.

  Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan
  kita bertemu Izrail.

  Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab
  dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika
  berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
  mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong
  daging kat pasar tu yang tumpul.

  Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung
  kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika
  kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
  tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc....

 Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

 ............................................................................................................
               Hadis nabi mengenai wanita.

   Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
   lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
   tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
   orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..
 ..................................................................................................................
            Nilai Seorang wanita solehah

 Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai
 kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati
 hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
 dalam erti kata yang sebenarnya.
 Insya - ALLAH.

     "Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti
     dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang
     selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
     dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi
     suaminya".                                                              ( Ath-Thabrani.)


    "Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH
     akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah.
     Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada
     isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi
     isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika
    suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
    ( Ibnu-majah.)

    "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,mungkin
     paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana
     hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman.
    Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam
    yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"                 ( Ibnu - Majah.)


betapa ita sebagai WANITA haruslah bersyukur kerana diberi dengan pelbagai nikmat yang sangat banyak.. tetapi kenapa kita masih tidak menyedarinya???..atau kita buat2 tidak sedar???..ingatlah bahawa seindah hiasan adalah wanita solehah.. marilah kita sama2 renungkan dan mengambil iktibar..serta muhasabah diri kita balik...adakah kita sudah cukup layak untuk memasuki syurga ALLAH yang penuh dengan kenikmatan itu???sedangkan nikmat yang telah ALLAH anugerahkan ini pun kita tidak reti untuk berterima kasih..


                                                                                                                           واللّه اعلام

No comments:

Post a Comment