Sunday, January 23, 2011

JELAJAH JORDAN~ Hari Pertama

Assalammualaikum.
بسم اللّه الرحمن الرحيم
Firstly, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada MSSJ atas jaulah yang sangat menarik dan best..walaupun, jaulah ni mempunyai banyak kesilapan or kekurangan tetapi tetap yang terbaik..yela, baru first time adakan jaulah..biasa la tu..hehe..
jom kita dengar serba sedikit tentang pengalaman saya selepas sertai jaulah ni..

tarikh keberangkatan kami adalah pada 17/1/2011 iaitu pada hari isnin..kami dikehendaki berkumpul di masjid Yarmouk tepat pada pukul 7. 30 pagi.. mula2,pagi tu ingatkan nak buat something macam donut ke or another kuih...tapi, sebab seronok tidur bawah hirom, langsung x jadi ape..hehe..

pagi2 tu, kami semua dah berkumpul kat masjid.. menunggu and menunggu bas kami yang datang dari Mafraq.. hampir 1 jam la kami tunggu.. dengan kesejukan musim syita' ni..adoyai.. sejuk gila kot..huhu..

jaulah jordan ni sebenarnya disertai oleh beberapa orang pelajar Mafraq, Yarmuk and JUST.. jumlah kesemua peserta hampir mencecah 50 orang..(rasanya la)

setelah kami semua hampir fed up menunggu, akhirnya bas telah pun sampai.. semua orang kembali tersenyum semula..

mula2, kami telah bertolak ke UMM QAIS..tempat ini terletak betul2 kat atas bukit.. sebab tu lah, pemandangan di sekitar sangat cantik bila dilihat.. 

actually, kami sepatutnya pergi ke Ma'rakah Yarmuk sebelum ke sini  tetapi kami telah kesuntukan masa disebabkan kelewatan masa keberangkatan..


sebenarnya, tempat ni adalah hasil peninggalan tentera Rom (Byzantine) yang ingin merebut Bukit Golan dan Tasik Tiberia dengan Israel yang menjadi punca air bagi sesape yand mendapatnya..

Bukit Golan dan Tasik Tiberia

walaupun tasik ni terletak di Jordan , tetapi ia bukanlah hak milik Jordan.. tasik ini adalah hak milik Palestin sepenuhnya..kerana Israel telah berjaya mendapatkannya daripada Rom..oleh sebab itu, Jordan kekurangan punca air..

seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke makam2 sahabat iaitu:
Makam Amir bin Abi Waqas
Makam Muaz bin Jabal 

Makam Abdul Rahman bin Muaz bin Jabal
~ terletak berhampiran dengan makam ayahandanya, Muaz bin Jabal

Makam Abu Ubaidah AlJarrah

dan Makam Syurhabil

bila melihatkan makam2 sahabat ini, saya berasa sangat tersentuh.. adakah saya sudah cukup layak untuk menjadi salah seorang seperti mereka yang bangun dalam menegakkan dan mempertahankan agama Islam??..

setelah selesai melawat ke5 makam sahabat
kami melanjutkan perjalanan kami ke Laut Mati (Dead Sea) yang terletak di Amman
kami sempat melihat matahari terbenam kerana kami sampai agak lewat petang


cerita tentang Laut Mati ni
laut ini sebenarnya tidak terdapat walau sekelumit pun haiwan laut.. menurut apa yang saya baca, kadar kemasinan air laut ni jauh lebih masin daripada laut biasa..sehinggakan longgokan garam terkumpul di sekeliling laut ni..

dan laut ini bukanlah laut sebenarnya..tetapi ia hanyalah sekadar teluk..
apa yang menakjubkan dengan laut mati ni, kita akan dapat terapung di permukaan laut tanpa memakai sebarang alat perlindungan seperti pelampung 
walaupon dalam keadaan air yang cetek
( tahniah untuk Siti Maryam binti Isa sebab berjaya membuktikan kepada kami)

pada malam itu, kami telah membuat BBQ bertemankan laut mati dan kucing
sangat best sekali
menikmati hidangan dengan penuh menyelerakan sekali
hehe

akhirnya, kami meneruskan lagi perjalanan yang terakhir ke Aqabah untuk bermalam di salah sebuah hotel di sana..



No comments:

Post a Comment