Friday, May 27, 2011

Akhlak

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.. Segala puji bagi Allah SWT , Tuhan sekalian alam.. Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini masih diberi nikmat iman dan islam dalam hati kita..  marilah sama- sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kita kepadaNYA.. ALHAMDULILLAH..semoga hari ini lebih baik daripada semalam.. insyAllah,,

Pada hari ini, saya bukanlah mahu menjadi ustazah atau penceramah atau sebagainya.. sesungguhnya saya belum rasa layak untuk berada di tempat sebegitu.. tapi saya ingin menjadi pekongsi ilmu kepada kalian semua meskipun ilmu saya hanyalah sedikit seperti kulit buku sahaja.

Dan pada hari ini, saya akan membicarakan topik akhlak , dimana saya baru sahaja mempelajarinya pada sem yang lepas bersama dengan Doc. Samirah Umari.. Beliau merupakan pensyarah yang sangat baik dan penyayang dan sangat memahami pelajar- pelajarnya especially student malaysia..

Apakah yang dimaksudkan dengan akhlak ??.. dari segi lughawi dan isthilahi??.. Akhlak dari segi lughawi adalah berasal daripada perkataan jama3 خلق yang bermaksud fitrah dan agama.. Manakala dari segi isthilah seperti apa yang telah dikatakan Imam Ghazali bermaksud penjelasan tentang keadaan roh dan jiwa yang tetap dan teguh , daripadanya terdiri perbuatan- perbuatan yang dilakukan dengan mudah dan senang(selalu dilakukan) tanpa sebarang hajat untuk melakukannya(secara spontan)..

Telah berkata Doktor Abdurrahman Habannakah , sesungguhnya akhlak adalah sifat semulajadi yang ada dalam diri kita samaada secara fitrah atau secara muktasibah( bersungguh2) yang memberi kesan kepada tingkah laku yang baik atau buruk..

Dan telah diselidik, sesungguhnya akhlak bukanlah semua sifat2 yang semulajadi ada pada diri kita daripada semua jenis- jenis perbuatan yang telah kita lakukan tetapi terdapat juga tabiat , perangai (naluri) yang tiada kaitan hubungan dengan akhlak, dan yang membezakan akhlak yang memberi kesan kepada tingkahlaku sama ada baik atau buruk dengan tabiat/ naluri (pendorong ) , kesannya pada tingkahlaku merupakan perkara2 tabi3i/ biasa yang bukan pada kehendak manusia secara baiknya malah memburukkannya..

Contohnya apabila kita makan ketika lapar( dengan dorongan naluri) tidak membaikkannya atau memburukkannya pada bab tingkahlaku, tetapi kesan buruk (makan banyak) daripada keperluan anggota badan merupakan perkara2 yang mazmumah( buruk) , kerana ianya adalah kesan daripada akhlak yang tidak baik (tamak).. tetapi jika sebaliknya, terdapat kesan daripada akhlak yang baik (qana3ah)..



Apa yang dapat saya simpulkan di sini, apa yang di maksudkan dengan akhlak adalah perkara yang semulajadim yang ada pada diri kita secara batinnya dan juga prinsip2 tingkahlaku/ perbuatan secara zahirnya.. Ini menunjukkan kepada kesempurnaan zahir dan batin secara mafhumnya, dan menunjukkan maknanya juga kepada sebahagian jenis2 akhlak samada ianya fitriah atau muktasibah( bersungguh2), baik atau buruk.. wallaua3lam..

Kita punya akal fikiran, yang boleh membezakan antara baik dan buruk..Maka, guna lah ianya sebaik mungkin.. jangan mengikut nafsu semata..sekian.


Nur Al- Shazwani
University Yarmouk, Jordan
Bahasa Arab dan Kesusasteraanya



No comments:

Post a Comment