Saturday, May 28, 2011

KEWAJIPAN BAGI SEORANG PEREMPUAN

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, Tuhan bagi sekalian alam.. InshAllah, hari ini saya akan membicarakan topik Akhlak mengenai seorang perempuan..

Islam telah memandang perempuan dengan pendangan yang berbeza dengan pandangan biasa..
Perempuan bagi pandangan Islam adalah sangat berharga untuk dijaga dan dipelihara dari setiap sudut dan cara supaya tidak disakiti..


Oleh sebab itu, Islam telah mensyari3atkan kewajipan yang harus bagi seorang perempuan dalam kehidupannya.

(1) Mengelakkan berdua-duaan (khalwat) antara lelaki dan perempuan pada tempat yang bukan mahram baginya, takut mendapat sesuatu yang dilarang..

Telah berkata Rasulullah SAW..
" ألا لا يخلون رجل بامراة الموانع امام ممارسة الحرام "

Tidak halal bagi seorang perempuan berdua- duaan bersama seorang lelaki yang bukan mahram baginya, kerana dengan itu, akan memudahkan lagi syaitan untuk membawa mereka ke lembah kesesatan dan kebinasaan..

Larangan daripada berdua- duaan ini bukanlah khas untuk perempuan tanpa lelaki, tetapi perempuanlah pemilik segala kemungkinan yang mungkin akan terjadi. Sekiranya terdapat lelaki, maka disitulah terjadinya khalwat..

(2) tiada percampuran dengan lelaki kecuali ketika keperluan atau darurat

Tidak harus bagi seorang perempuan bercampur dengan seorang lelaki,(lelaki ajnabi )dengan nama sahabat, kawan rapat, kekasih atau yang seumpaama dengannya. kerana dengan pecampuran ini akan tersebarnya syahwat,dan khianat dalam kalangan masyarakat..

Cuba kita lihat di negara- negara barat.. Secara puratanya,di Amerika sebanyak 33% daripada anak2 yang tidak mengenali ayah mereka..

(3) Islam telah menghalang perempuan daripada mempamerkan perhiasan mereka kecuali di hadapan suami sahaja

Maka, tidak harus bagi seorang perempuan untuk menunjukkan perhiasan mereka dihadapan lelaki ajnabi.
Seperti yang telah termaktub di dalam ALQURAN dalam surah An- Nur: ayat ٣١

Tidak harus bagi seorang perempuan menunjukkan anggota badan mereka kecuali muka dan telapak tangan..
Maka, tidak diharuskan untuk lelaki memandang wajah perempuan tanpa sebarang hajat dan dilarang meletakkan sebarang perhiasan pada muka dan telapak tangan.

Allah telah memerintahkan dalam kitabNYA , dalam surah An-Nur, ayat 3 ., yang memerintahkan kaum Adam untuk menundukkan pandangan , yang mana ia merupakan permulaan kerosakan pada masyarakat dan penyebaran kebinasaan..Sepertimana juga yang telah diperintahkan untuk perempuan untuk menjaga perhiasan mereka..

Syariat Islam tidak menuntut perempuan dengan apa yang dituntut untuk lelaki saperti menunudukkan padangan, dan menjaga kemaluan sahaja, bahkan menuntut mereka dengan perkara2 khas dengan mereka seperti menutupkan perhiasan.

(4) kewajipan memakai pakaian yang diharuskan oleh syara3

Pakaian seseorang muslimah itu menunjukkan kepada kewajipannya terhadap agamanya sendiri.. Maka, perempuan yang dituntut dalam Islam adalah suci, bersih, dan tertutup (menjaga auratnya).


Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita balik sebagai seorang perempuan dan muslimah.. Adakah kita benar- benar sudah layak untuk menjadi musliamah3 yang dituntunt oleh Islam??.. renung2 kan lah.. 
wallaua3lam.. 

Nur Al- Shazwani
University Yarmouk, Jordan
Bahasa arab dan kesusasteraanya


No comments:

Post a Comment