Friday, May 27, 2011

Friendship


Friendship..
Aku kenal apa itu persahabatan masa aku form 2.. masa itulah aku kenal kawan- kawan yang boleh dijadikan teman rapat.. aku kenal kawan yang aku sayang sangat- sangat.. sampaikan suatu masa aku pernah menangis kerana tidak mempunyai kawan.. kesepiaan.. selepas aku mengenali mereka semua ni, aku rasa sangat bersyukur yang teramat sangat,

Mereka ini adalah Liana Kamal, Ain Roslee, Siti Maryam Isa, Nor Farhaan Mat Kimi dan Siti Nur Syuhaidah Mohd Sufandi.. mereka inilah sahabat seperjuangan dunia akhirat aku.. aku tidak akan pernah melupakan memori persahabatan kami..^_^

Banyak yang aku belajar daripada mereka mereka ini.. erti sebuah persahabatan, kehidupan.. macam macam la.. dan macam macam jugalah aku dapat pengalaman pahit manis..huhu..

Then, bila aku terpaksa berpisah dengan mereka.. aku rasa sangat sedih yang teramat sangat.. sehinggakan airmataku tidak henti henti mengalir.. ini adalah sewaktu aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jordan  sementara mereka masih terus setia kepada sekolah iaitu dalam peringkat STAM.. actually, pada mulanya aku berazam dan bertekad untuk mengambil STAM bersama kawan- kawanku yang lain, sama-sama berlayar, sama- sama berjuang.. tetapi apakan daya, Allah segala penentu dan perancang..

Akhirnya apabila aku tiba dibumi barakah ni, lagi banyak yang aku belajar.. especially, SABAR.. baru aku tahu , sabar tu sangat penting bila da masuk ke alam universiti dan lebih lebih lagi apabila di negeri dan tempat orang .. kita jauh dari mak ayah dan jauh dari sebarang penjaga.. kita sendiri yang kene jaga diri kita sendiri.. tak ade orang yang jaga kita, kawal kita..

Alhamdulillah, dengan berkat nasihat kakak kakak roomate, saya dapat bersabar dan saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberi aku kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi apa jua musibah.. saya berasa sangat bersyukur kerana dapat duduk bersama sama dengan kakak kakak senior.. banyak manfaat yang boleh kita dapat..

   
Gambar di atas diambil semasa hari jadi aku yang ke 18 buat pertama kalinya di Jordan.. aku berasa sangat gembira ada teman teman dan sahabat sahabat, kakak kakak yang sudi meraikan hari jadi aku.. malahan mengingati tarikh hari jadi aku.. kerana bagi aku, sambutan hari jadi tidak menjadi kepentingan bagi aku..kerana aku sudah lama tidak meraikan sambutan hari jadi.

di sebabkan itulah, aku berasa sangat sangat bersyukur dapat hidup seperti ini.. hidup dalam masyarakat, saling sayang menyayangi dan bertolak ansur.. dan di Jordan ini jugalah aku belajar hidup berdikari, hidup sendiri, tabah dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran samada dalam kehidupan seharian, pelajaran dan macam2 lagi la..

Dan tidak lama lagi, aku akan pulang ke kampung halaman aku, tanah airku, bumi tercintaku.. tidak sabar sabar rasanya untuk pulang ke pangkuan keluarga..


mak ayah !!.. tunggu anakmu balik ye.. rindu sangat dekat kalian.. semoga Allah merahmati kamu semua.. ameen..


Nur Al-Shazwani
University Yarmouk, Jordan
Bahasa Arab dan Kesusasteraan

2 comments:

  1. salam,
    hakhakhak..balik2 mek yam tuh..b0san.sakit telinga..comey ar kakak yg pki niqob tuh..nk knai99x.hakhakhak.x pe..pesn kte,biar kte hilag kawan dlm berjuang,ttpi jgn hilang kwn seperjuang..berbeza mknanya tu..insyaALLAH,.kheir..el0k2 balik nnti.d0akn kmi yg x balik2 lgi ni..=)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam w.b.t.. akakkkkkkk!!!!.. haha.. sayang la akak.. ala, yam kan suami i .. akak tu memang comei pon.. nak kenal dengan dia ke??.. huhu..
    okay.. inshAllah, saya akan ingat pesanan akak tu..^_^

    ReplyDelete