Friday, June 10, 2011

SUARA DARI HATI KECIL KAMI 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah pada hari ini kita masih diberi 2 nikmat iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM.. Semoga Allah merahmati kita semua, ameen.

InshAllah, pada hari ini saya akan menyambung sedikit mengenai  tajuk ''Suara dari hati kecil kami''. sila klik disini

Dalam post ini, kita akan membicarakan tentang HALANGAN2 yang menimpa anak2 remaja kita sekarang ini.

Sabda Rasulullah S.A.W:
يا معشر الشباب من اسنطاع منكم الباءة فليتزوج فانه اغض للبصر واحصن للفرج..

Wahai golongan pemuda, barangsiapa antara kalian mempunyai kemampuan, hendaklah ia berkahwin kerana kahwin itu akan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan (kehormatan diri)..

Ibu bapa merupakan dua orang insan yang sangat berjasa dalam kehidupan kita. Merekalah yang menyediakan keperluan kita, menjaga makan- minum kita, pakaian , tempat tinggal , sejak kita dilahirkan lagi. Mereka amat menyayangi kita. Tak terhingga kasihmu wahai ayah dan ibu !!


Namun sayangnya, ibu bapa tidak mengerti isi hati anak2. Mereka tidak tahu bahawa anak2 mereka memerlukan pasangan untuk menghadapi cabaran dunia pada hari ini. Bahkan yang lebih menyedihkan hati, mereka tidak membenarkan anak2 mereka berkahwin atas alasan2 yang tertentu setelah mereka menyuarakan hasrat hati mereka untuk berkahwin.. Sedihnya..

Tidak kurang juga tentang pandangan masyarakat tentang berkahwin ketika usia muda.

''mana boleh, kene habis belajar dulu!''
''Engkau nak anak aku makan pasir ke?''
''Kahwin?! Lambat lagilah. Enjoy-lah dulu. Muda lagi , beb!''

Akhirnya masalah sosial menjadi-jadi. Zina, rogol, sumbang mahram, pembuangan anak, dan khalwat meningkat pesat. Salah siapa?

Masalah kewangan juga menjadi punca utama remaja tidak berkahwin. Mas kahwin, kos kenduri, pakaian pengantin dan sebagainya memerlukan wang yang banyak. Bukan seratus dua malahan ribuan ringgit. Tambahan lagi dengan fahaman material yang sudah menjadi pegangan dalam kalangan masyarakat.

Dari manalah remaja yang baru habis sekolah menengah dan baru hendak masuk universiti nak cari duit yang banyak itu??

Dalam masalah ini juga, ibu bapa terlibat sama. Kerana syarat kaya yang mereka tetapkan untuk menjadi menantu, impian mereka untuk berkahwin terkubur.

Ada juga masalah tidak ada calon untuk berkahwin. Kadang- kadang, ibu bapa mereka tidak pon menghalang mereka berkahwin dan ada wang sudah cukup, tetapi, malangnya tidak ada calon..

Ada calon pun belum tentu dapat kahwin. Ramai juga yang sudah mempunyai calon, malah mempunyai kekasih ,atau bahkan tunang tetapi tetap tidak dapat berkahwin. Sebabnya adalah si kekasih minta urusan ini ditangguhkan dahulu atas alasan2 yang tidak dapat di elakkan.

Lebih malang lagi bagi yang sudah bertunang. Hubungan mereka di ikat dengan pertunangan sedangkan perkahwinan hanya akan dilangsungkan dua tiga tahun lagi mengikut perancangan. Hasilnya, masing2 tidak dapat berkahwin lebih awal dengan calon yang baru kerana terikat dengan janji. Alahai, susahnya!

Tidak kurang juga yang mahu lagi segan untuk memberitahu keluarga tentang keinginan hati mereka untuk berkahwin.

ISLAM ITU MUDAH !!!

Rasulullah S.A.W bersabda:
يسروا ولا تعسروا..

Permudahkanlah, jangan di payahkan..

Islam adalah agama yang mudah dan memang mudah. Antaranya ialah bab nikah. Apakah rukun2 nikah??. Mudah sahaja. Ada lima: bakal suami, bakal isteri, wali, saksi, dan ijab qabul. Mahar wajib. Simple je kan??.

Sebelum ini sudah diperjelas mengenai halangan2 anak remaja kita berkahwin:
 1- Halangan ibu bapa
 2- Pandangan masyarakat
 3- Masalah kewangan
 4- Tidak ada calon
 5- Kekasih minta tangguh
 6- Malu

Halangan pertama dan kedua, inshAllah dapat diatasi dengan memberi kefahaman menurut Islam. Mereka juga perlu disedarkan tentang bahaya meninggalkan perkahwinan pada zaman moden sekarang ini.

Selain itu, ibu bapa perlu berani membuat perubahan. Kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi?. Kenapa perlu takut apa yang orang akan kata??. Lagipun, kita hanya ingin melaksanakan tuntutan agama. Bukankah tuntutan agama itu lebih penting daripada adat. Jadi, kenapa perlu takut?

Bagi masalah kewangan, lebih2 lagi perbelanjaan permulaan. Islam ada kaedahnya yang tersendiri. Wang hantaran, kenapa perlu sampai ribuan ringgit?. Berpadalah dengan apa yang mudah. Jangan terikut2 dengan orang lain.

'' Sebaik-baik perkahwinan adalah yang paling mudah. Sebaik-baik hantaran adalah yang paling mudah. Bukan yang paling murah'' bak kata orang. Kalau orang kaya mahal pun tidak mengapa kerana mudah bagi mereka. Tetapi berapa ramai anak-anak orang kaya di dunia ini berbanding dengan orang miskin?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadisnya:
ان من يمن المراة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها

Sesungguhnya keberkatan perempuan itu adalah senang meminangnya, ringkas maharnya, dan mudah rahimnya..

Berzuhudlah, kelak dunia akan ditinggalkan juga. Nafkah pun sama.. Bersederhana dan berpada-pada dengan apa yang ada.

Kaedah lain adalah dengan meminta pertolongan masing2 untuk menyara kehidupan seperti sebelum berkahwin, khasnya bagi mereka yang masih belajar. Mereka perlu menumpukan pelajaran mereka. Soal cari makan, jangan di bebankan kepada mereka.
Tidak ada salahnya sekiranya mereka meminjamkan wang mereka kepada anak- anak mereka yang berkahwin semasa belajar sehingga mereka mampu menyara hidup mereka sendiri,

Semoga ibu bapa memahami.

Adapun masalah tidak ada calon boleh diselesaikan dengan berusaha mencarinya sendiri, meminta pertolongan sahabat atau serahkan sahaja urusan ini kepada ibu bapa.

Masalah kekasih/calon meminta tangguh pula sedikit rumit. Pasangan yang ingin segera berkahwin hendaklah memberi kata dua kepada calon sama ada segera berkahwin dengannya atau berkahwin dengan orang lain. Sekiranya calon memilih yang kedua, maka, carilah calon yang baru yang bersedia untuk mendirikan rumahtangga dalam kadar yang segera.

Dan akhir sekali adalah masalah malu. Seeloknya berterus terang kepada mereka atau fahamkan mereka tentang isi hati kita dengan menggunakan bahasa isyarat dan ayat2 kiasan. Contohnya, membaca buku tentang perkahwinan di hadapan mereka, selalu bertanya tentang kahwin dan sebagainya.

wallaua'lam.

Cukuplah sekadar ini sahaja coretan saya pada hari ini. Apa yang baik daripada Allah, apa yang terkurang itu daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.



Nur Al-Shazwani binti Nor Azizi,
Bahasa Arab dan Kesusateraanya,
Universiti Yarmuk, Jordan.













No comments:

Post a Comment