Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA kita dapat bernafas sehingga saat ini beserta masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM.. Semoga Allah merahmati kita semua..
InsyAllah, hari ini, saya akan mencoret sedikit tentang Ancaman Kebinasaan bagi Sesiapa yang Memperlekeh Ajaran Islam, sambungan daripada post Suara Dari Hati Kecil Kami 2. sila klik di sini
Islam mengajar umat Islam untuk tunduk kepadanya, bukan tunduk kepada masyarakat dan adat setempat. Islam mengajak umat agar berkahwin supaya terhindar daripada zina, maka setiap manusia perlu patuh. Mengapa masih perlu berdalih??
Sedangkan orang yang alim lagi wara3 (beriman lagi bertakwa) pun mencari jalan untuk menghindari kemungkaran sehingga yang terpaksa mengadu kepada Allah '' aku tidak mampu tahan ya Allah !! Kurniakanlah daku seorang isteri supaya jiwaku tenang dan tenteram dengannya.''
Mereka yang demam cinta dan sentiasa terbayang- bayang persetubuhan pasti menginginkan perkahwinan, mengikat cinta dengan kekasih atau menyejukkan hangat nafsunya. Makin lama menanti perkahwinan, makin kuatlah keinginan mereka yang dipendam. Mereka akan mencari jalan lain seperti khalwat, zina dan rogol. Tapi, semua jalan ini adalah haram. Satu- satunya cara ialah kahwin.
Namun, kebiasaannya masyarakat ibu bapa tidak membenarkan anak- anak gadis mereka berkahwin pada usia yang muda. Mereka mengada- adakan pelbagai alasan tetapi kebanyakan alasannya dibuat-buat dan tidak munasabah.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
اذا خطب اليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه الا تفعلوا تكن فتنة في الارض وفساد عريض
Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang (anak) kalian, hendaklah kamu mengahwinkannya. Jika tidak , akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar.
Sememangnya, mereka yang bersubahat menghalang perkahwinan yang menepati kehendak syarak seperti ibu bapa. saudara- mara, rakan- rakan pastinya akan menanggung dosa khalwat , zina sekiranya berlaku . Lihatlah betapa besar dosanya !!
Rasulullah SAW pernah bersabda:
Benar! Ancaman ini bukan main- main kerana sudah ternyata bala Allah dengan peningkatan kes khalwat, zina , rogol dan sebagainya. Ini semua adalah kerana kesan perbuatan tangan manusia itu sendiri yang tidak mematuhi peraturan agama, Insaflah !!
...................................................................................................................................................................
Hukum sebenar perkawinan.
Alim- ulama mempunyai mempunyai beberapa pendapat mengenai hukum berkahwin. Al- Syaikh Muhammad 'Al Shabuni menerangkan:
Para ulama' fiqh berselisih pendapat dalam menentukan hukum berkahwin kepada beberapa mazhab yang akan kami terangkan sebagaimana yang berikut:
-Mazhab Dzhahiri : kahwin adalah wajib. Orang yang meninggalkan berkahwin adalah berdosa
-Mazhab Syafi'i : kahwin adalah harus. Tidak berdosa bagi yang meninggalkannya.
-Mazhab jumhur ulama'; Maliki, Hanbali, Hanafi : kahwin adalah mustahab dan mandub bukannya wajib.
Dalam mazhab kita, hukum berkahwin adalah harus.
Terdapat tiga situasi yang berbeza dalam hukum keharusan berkahwin.
Situasi yang pertama:
Orang- orang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk berkahwin. Hukumnya adalah harus (mandub)
Situasi yang kedua:
Orang- orang yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin sama sekali. Hukumnya adalah makruh
Situasi yang ketiga:
Orang- orang yang keinginannya untuk berkahwin tidak berapa kuat dan mampu bersabar. Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu orang yang hidupnya sibuk dengan perkara- perkara ketaatan kepada Allah seperti ibadah dan menuntut ilmu dan orang- orang yang sibuk dengan perkara- perkara keduniaan.
Golongan pertama lebih afdal untuk tidak berkahwin manakala golongan kedua pula sebaliknya.
Mungkin ada diantara pemuda-pemudi kita yang menangguhkan perkahwinan kerana termasuk dalam golongan kedua dan ketiga yang hidup mereka di sibukkan dengan perkara-perkata ketaatan.. Kahwin bagi mereka tidak berapa penting malah mereka tidak berfikir tentangnya pun. Malahan, terdapat sebahagian sahabat radhiyallahu'anhum dan sebahagian ulama' yang tidak berkahwin.
Tetapi pelu diambil perhatian, khilaf ulama dalam masalah ini hanya apabila seseorang itu terpelihara daripada maksiat dan zina. Bagi mereka yang merasakan dirinya mudah tergelincir melakukan maksiat dan zina, ulama' bersepakat mereka wajib berkahwin.
wallaua'lam..
Semoga dapat memberi manfaat kepada yang membaca. sekian..
Nur Al-Shazwani binti Nor Azizi
Bahasa Arab dan Kesusasteraannya
Universiti Yarmuk, Jordan

No comments:
Post a Comment