Monday, June 6, 2011

SUARA DARI HATI KECIL KAMI

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh..Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.. Semoga kita semua berada di bawah lindunganNYA dan rahmatNYA.. ameen..

Hari ini , saya akan mengkongsikan sedikit ilmu tentang apa yang telah dibincangkan dalam sebuah buku yang betajuk DARI HATI KECIL KAMI yang telah ditulis oleh Wan Muhammad Izzat bin Wan Nor Anas Al- Kutawi, pelajar tahun dua, fakulti syarah jurusan usuluddin , Universiti Mu'tah, Jordan.


Saya baru sahaja berkesempatan untuk membaca buku ini kerana sibuk dengan fatrah exam yang memanjang.

Apabila kita melihat pada zaman era sekarang ini, pelbagai gejala sosial telah banyak berlaku terutama sekali kes pembuangan bayi.. Lebih mengaibkan lagi apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara kita yang kehilangan dara pada usia muda. Betapa dahsyatnya fitnah cinta dan zina sekarang ini!!..semoga kita semua terpelihara daripada fitnah ini.. ameen.


Cuba kita lihat gambar di atas..Lihat !. Betapa kejamnya mereka !! Ibu bapa jenis apakah ini??.tidak ada sifat berperikemanusiaan langsung.. Astaghfirullahalazim.. Ini adalah kes buang bayi di Flat Sentul Utara.. Semoga Allah membalas mereka di akhirat kelak. *.sedih yang teramat sangat ..

Rasa- rasanya sudah cukuplah kita mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku.. Inilah citra dunia akhir zaman kita.. betapa dahsyatnya !!!..

ما تركت بعدي فتنة اضر على الرجال من النساء
''Aku tidak tinggalkan selepasku satu fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum lelaki daripada godaan wanita'' [Al- Bukhari dan Muslim]

Lantas, apakah tindakan kita dalam membasmi jenayah zina ini??. Adakah sekadar menunggu gerakan Islam memerintah negara dan melaksanakan hukum hudud? Atau sekadar menghantar anak- anak ke sekolah agama yang juga sudah dilanda wabak zina?? Atau bagaimana??.

Kalau cinta kegemaran remaja dakwah, gejala memuja-memuja cinta pula berlaku dalam kalangan remaja-remaja lain. Boleh dikatakan 95% lagu, novel, drama dan filem berkisar tentang cinta. Cinta semata- semata.. Kerana cinta, rela berkorban segala-galanya..

Kerana cintakah kalian semua diciptakan??

Ubatnya hanyalah satu, kembali kepada Islam dengan sebenarnya-benarnya. Islam ada caranya!

Bagi mereka yang bertakwa, keadaan dunia yang penuh dengan pancaroba tidak lagi selamat bagi agama mereka. Mereka perlukan langkah berjaga-jaga. Tersilap langkah boleh menjerumuskan mereka ke lembah penzinaan.

Lelaki manakah yamg mampu menahan mata melihat wanita- wanita yang bertebaran di mana-mana hatta di rumah sendiri.. Belum lagi dengan pakaian- pakaian mereka yang tidak menutup aurat dan kelihatan seksi.. 
Betina manakah yang sanggup pejam mata daripada menatap wajah- wajah hensen jantan di kaca TV, suratkhabar, majalah, atau ustaz yang mengajar bab nikah di dalam kelas?

Umpama syair yang digubah
اريد لانسى ذكرها فكانما    تمثل لي ليلى بكل سبيل
''Aku ingin melupakannya daripada ingatanku, tetapi Laila tetap menjelma kepadaku dengan segala cara''

Usia 17 hingga 25 adalah kemuncak syahwat bagi remaja. Tempoh tersebut selepas baligh beberapa lama. Masa itulah remaja mula mengenali cantiknya wanita, tampannya lelaki, seronoknya bercinta dan... Masa itu jugalah mereka diuji dengan godaan-godaan yang mewarnai dunia sekeliling. Jika bernasib baik, mereka berjaya melepasinya tetapi lazimya remaja terjatuh juga ke lembah maksiat dan zina itu..

Kalau kita lihat di negara-negara Barat, remaja- remaja mereka melempiaskan nafsu mereka dengan berzina dan berseronok.. tapi remaja Islam tidak boleh melakukannya.. Mereka terpaksa menahan gelojak nafsu mereka yang membuak- buak ibarat ombak untuk mematuhi segala syariat yang telah ditetapkan.. Siang malam mereka berteriak: KAMI NAK KAHWIN !!! .. tapi sayangnya, suara mereka tidak pernah didengari oleh sesiapa pun. bahkan tidak pernah dipeduli bagi sesiapa yang mendengarnya.. 

Itulah suara hati kecil mereka.. 
wallua3lam..

Renung- renungkan dan selamat beramal..

Nur Al- Shazwani
Arabic Language and Literature
University of Yarmouk, Jordan.








No comments:

Post a Comment