Sejak aku masuk sekolah menengah lagi, aku dah kene hantar duduk asrama,
sejak dari form1 lagi, sampai lah aku form 6,
duduk dalam persekitaran yang lain dengan rumah.
apatah lagi kene berjauhan dengan parents.
Memang tak dinafikan la,
masa form 1 la paling banyak dugaan masa duduk asrama,
tak de elektirk sehari suntuk, bahkan air pon tak de
memang kesian la.
Kitorang ramai2 angkut air dari tangki sampai lah ke toilet,
dah la jauh,
memang kesian la kami semua,
and x lama lepas tu, aku nangis dekat mak nak keluar asrama,
sebab memang dah tak tahan langsung,
akhirnya, kembali lah aku semula ke rumahku syurgaku.
Semenjak lepas tu,
aku berulang alik menaiki van kawan ke sekolah,
agak mahal jugak lah tambangnya,
tapi kalau nak, nak juga..hehe
Masa form 2, kene masuk asrama balik,
coz kami telah berpindah rumah agak jauh dari sekolah,
dari Johan Setia ke Seri Kembangan,
agak 35km la jauhnya.
Masa tu dengan keterpaksaan, masuklah hostel balik,
mula2 tu, aku senyap je.*pemalu katakan
kawan pun x bape kenal sangat,
tapi bila dah lama-lama kat sana,
baru lah rasa kemanisan duduk asrama ni.
sarapan, pergi sekolah, makan, tidur, mandi,
semua kami lakukan sama-sama.
kene marah dengan warden pun sama-sama,
banyak lah kenangan manis dan pahit kami semua bersama.
masa form 5, aku jadi semakin nakal,
memang nakal sungguh la,
senior la katakan,
tak de sapa yang berani nak marah2 kitaorang.
aku dah mula x turun prep[preparation],
outing/flying[keluar sekolah tanpa kebenaran],
menyorok dalam loker,
pergi sekolah lambat,
bawak walkman, handset, macam3 lagi la.
ni semua lepas aku kenal jabariah, afiqah, atiqah,
kami berempat la selalunya,
sampaikan kami pernah di tuduh mencuri duit orang,
ish ish ish, x baik betul tuduh kitorang.
dalam masa yang sama jugak,
aku berkawan dengan syafiqah[shot], afiqah, faiqah, zuriatie,
ni semua budak form 2,
banyak la kenangan2 aku ngan diaorang.
kenangan buat jahat pon ada,
ish, memang nakal sungguh aku ni,
boleh pulak aku berpakat dengan diaorang nak kacau mamat DM [dewan makan],
dah la tak ensem, orang endon lagi. *bluek
kitorang siap pinjam handset mamat tu,
semata2 nak contact dengan dia.
aku xde la join sangat pon.
just ikut diaorang je.
tengok,
betapa tak matangnya aku,
hmm..
itulah kenangan paling jahat pernah aku buat ngan diorang.
kalau nak di ikutkan hati,
mahu saja aku coretkan semua kenangan2 aku kat sini,
Actually,
sampaikan sekarang pon,
aku still duduk asrama,
lagi jauh,
dekat jordan lagi.
aku dah pandai hidup berdikari,
basuh baju sendiri,
kemas rumah sendiri,
semua la buat sendiri.
lagi mencabar actually.
bila di fikirkan balik,
ada hikmah kenapa parents hantar duduk asrama,
nak kan kita berdikari sendiri,
nak kan kita pandai jaga diri,
nak kan kita berusaha dan tidak putus asa,
dan nak kan kita mematangkan diri.
Dan sememangnya,
AKU SANGAT RINDUKAN ASRAMA !!

No comments:
Post a Comment