Monday, July 11, 2011

Tempayan yang retak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
semoga semua sihat wal'afiat ..

Hari ni, saya nak cerita sebuah kisah di mana terdapat ibrah dan pengajaran di kesudahan cerita ini.. semoga kisah ini memberi manfaat kepada teman teman sekalian..^^

Pada zaman dahulu, tinggal seorang lelaki yang menyara hidupnya dengan berkhidmat dengan sebuah keluarga bangsawan. Dia melakukan segala kerja dirumah; daripada membersihkan halaman rumah, memandu kereta kuda, menjaga keselamatan keluarga tersebut termasuk juga mengangkut air dari sungai berdekatan. Manakala isterinya pula mengemas rumah dan membuat kerja- kerja di dapur.

Setiap hari, lelaki tersebut akan berulang-alik ke sungai, mengambil air bagi mengisi kolah di dalam rumah dengan mengandar dua buah tempayan. Malangnya salah sebuah tempayan itu sudah retak. Kesiannya air yang di angkut akan berkurangan kepada hampir separuh tempayan.


Oleh yang demikian lelaki itu hanya mampu mengangkat air sebanyak satu setengah tempayan sahaja. Demikianlah berterusan selama setahun lebih.

Suatu hari, tempayan yang retak itu berasa sangat sedih. Diadukan rasa sedihnya kepada lelaki itu.

Tempayan: '' Maafkan saya kerana selama setahun lebih ini , saya tidak mampu menjalankan peranan saya         dengan baik. Saya berasa sangat sedih''

Lelaki      : ''Kenapa kamu cakap begitu??. Kenapa kamu sedih??

Tempayan: ''Aku sedih sebab aku hanya mampu mengangkut separuh sahaja air disebabkan fizikal aku yang tidak sempurna ini''

Lelaki       : ''Kamu jangan sedih wahai tempayan. Dalam perjalan balik rumah nanti, cuba kamu perhatikan di sebelah kanan jalan'''

Lelaki itu mengangkut air seperti biasa dari sungai menuju kerumah tuannya.. Namun tempayan itu tetap bersedih atas kekurangan dirinya dan ketidakmampuannya memberikan khidmat yang terbaik kepada tuannya.

Lelaki      : '' Kamu sudah lihat di sebelah kanan jalan, bunga- bunga segar dan indah mekar di sepanjang jalan??.

Tempayan: ''Ya, aku nampak. Tapi keindahan bunga- bunga itu tidak mampu mengurangkan rasa sedih di hatiku''


Lelaki      : '' Kamu tahu wahai tempayan, Sejak aku tahu kamu telah retak sedikit, aku mula menanam pokok - pokok bunga ini. Kamu tahu siapa yang menyiramnya setiap hari??

Tempayan: '' Tentulah kamu"

Lelaki       : ''Tidak, kamulah yan menyiramnya. Air yang melilih keluar itulah yang menyiram bunga- bunga itu selama ini. Kemudian aku akan petik bunga- bunga ini dan kuberikan kepada isteriku untuk di hias di ruman tuan kita. Walaupun kamu sebuah tempayan yang retak, tetapi kamu tetap ada sumbangan''



Barulah tempayan yang retak itu berasa ceria kembali dan tidah gundah lagi walaupun ia hanya sebiah tempayan yang retak..

p/s : 
Setiap manusia tidak sempurna dan ada kelemahan masing- masing. Namun Allah tidak menciptakan kekurangan atau kecacatan itu sia- sia. Pasti ada kelebihan dari sudut yang lain dan pasti masih mampu memberi manfaat kepada ummah dengan cara yang tersendiri.

wallaua3lam.. sekian.




2 comments:

  1. wah!!! kisah sangat menarik.. tp, macam pernah dengarla citer ni.. kat mane ye??

    ReplyDelete