Tuesday, August 23, 2011

Hati tak keruan


Kenapakah aku?
Kenapa dengan perasaan aku ini??
Kenapa hati ku berasa sangat tidak keruan??

Adakah benar aku menyukainya??
Adakah benar aku mencintainya??
Adakah benar dia yang tercipta untukku??

ya Allah!
Bantulah HambaMu ini...
Andai dia bukan jodohku, Kau buangkanlah jauh-jauh perasaan ini..
aku mohon padaMU, ya Allah..

CINTA

Andai cinta sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan sebuah cinta?
Andai derita hanya sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?

Cinta umpama kaca kristal,
indah di penglihatan,
derita di perasaan.
Mengapa??!!
kerana setiap apa yang berlaku
pasti ada alasan di sebaliknya.
kesakitan,
kekecewaan,
semua itu hanya mahu menguji,
jadi,teruskanlah bersabar.

Memang benar pepatah pernah mengatakan,

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa,
Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata,
Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa,
marah,sedih, gembira, sayang, rindu, cemburu.......
Tetapi sedarkah kita??
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah anugerah dari Tuhan,
bukan kita yang pinta.

Cinta itu fitrah.
Semua orang berhak menyintai dan di cintai
cuma yang membezakan,
cinta kita kerana Ilahi.

''Katakanlah wahai Muhammad, jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku, kamu akan dicintai Allah''   [Surah Ali 'Imran :31 ]

Cinta kepada manusia selalu mengecewakan,
tetapi cinta kepada Allah pasti tak akan kecewa..

ya Allah,
Kau peliharalah hatiku ini,
dari cinta yang tidak hakiki,
melainkan cinta yang tulus kepadaMU.
ameen.












No comments:

Post a Comment