Monday, August 8, 2011

Sakit Mata


Sakit !
Pedih !

Sudah 2 hari aku terkena sakit mata
Hampir kami satu keluarga sudah terkena penyakit berjangkit ini
Bermula dengan opah (nenek), adik lelaki, emak, ayah, adik perempuan dan akhir sekali aku
nasib baik tak ikut demam sekali.

Ayah kata sekarang memang musim sakit mata
mungkin Allah sengaja mahu menguji kita
tahap tingkat kesabaran dan keimanan kita
lagi-lagi pada bulan yang sungguh mulia ini.

Tadi ada terbaca dalam blog ni
petua mengubati sakit mata
dengan mendapatkan teh bunga
dan rebus sehingga menggelegak
tambah gula sikit untuk dibuat minum.
rasanya dekat bazar ramadhan ada jual air ini,
nak cuba try la nanti.*bahagia je hati

aku harap penyakit sakit mata ni cepat sembuh
agar mudah untuk menjalani kehidupan seperti biasa
tanpa rasa sakit dan pedih lagi
doakan aku ye kengkawan sekalian
doa orang yang berpuasa kan maqbul(diterima).hehe

wallaua3lam.

Rujukan






No comments:

Post a Comment