Keluarlah Dari Kepompong Yang Selesa
Bismillah.
Alhamdulillah masih di beri peluang untuk menjalani ibadah puasa,
pada bulan yang cukup mulia ini , bulan RAMADHAN.
walaupun pagi tadi tak sahur..T.T
ni semua adik punya pasal..[salahkan adik pulak].
RAMADHAN KAREEM.
Sudah masuk 6 hari kita menjalani ibadah puasa.
Semoga amalan puasa kita ini diterima dan di berkati oleh Yang Maha Esa.
Ameen.
MENJADI ULAT LEBIH BAHAGIA??
Haaa, hari ni saya nak cerita sikit pasal ulat..
alaaa, ulat beluncas tuu..

Betul ke jadi ulat ini lebih bahagia??
hmm..
Mari kita baca cerita di bawah ini bersama-sama..
Di sebuah tasik, tinggallah satu populasi ulat pemakan daun. Ulat-ulat ini begitu bahagia berkawan dan menjamu daun-daun hijau dari pokok-pokok kecil di sekitar tasik itu. Tidak sekalipun mereka terfikir untuk meninggalkan tasik itu, berhijrah ke kawasan lain, merasai enaknya daun-daun lain. Mereka takut, apa yang mereka ada sekarang adalah yang terbaik dan tidak ada di mana-mana tempat lain. Sayang sebab takut!
Sesekali, mereka bersedih bila ada antara mereka yang memanjat pada batang bunga lili, dan hilang hilang tidak muncul lagi. Mereka faham benar, bila ini terjadi, kawan-kawan mereka telah tiada, mati dan hilang ke mana!
Suatu hari, seekor ulat teringin memanjat batang bunga lili tersebut. Desakan dalamannya kuat, bagaimanapun dirinya pernah diingatkan agar tidak sekali-kali berbuat begitu. Nekad, si ulat akan memanjat batang pokok lili tersebut, dan ia berjanji pada dirinya untuk kembali kepada kawan-kawannya di sini.
Sampai di puncak batang bunga lili, si ulat ini kepenatan. Hangat mentari betul-betul membuatnya mengantuk. Si ulat mahu tidur sebentar. Ketika si ulat sedang tidur, badannya berubah. Bila si ulat ini bangun, ia melihat badannya tidak lagi seperti dulu, malah mempunyai sepasang sayap yang cantik.

Si ulat itu tadi kini adalah seekor rama-rama. So fly he did! Sedang ia terbang, ia merasakan apa yang dilihatnya kini sebenarnya jauh lebih membahagiakan, berbanding hanya hidup memakan daun sebelum ini.
KELUARLAH DARI KEPOMPONG YANG SELESA.
Jika sebelum ini
Kita banyak menghabiskan masa dengan rutin yang sama
bangun pagi, online, makan, tidur,dan tengok tv
pergi kerja, balik kerja, makan ,dan rehat
cukup selesakah dengan rutin harian yang sebegitu??
pasti kita akan berasa bosan dengan hidup kita
walaupun itu merupakan perkara kebiasaan buat kita sendiri.
Ayuh!!
Keluarlah dari kepompong selesa kita..
Hidup ini terlalu indah untuk kita jalani
walaupun tak selalu indah
ada masa kita berada diatas
ada masa kita berada di bawah
berputar bagaikan roda.
Hidup ini adalah tanggungjawab
menjadi khalifah(pemimpin) Allah di muka bumi ini
sebagai peringatan kenapa kita semua dilahirkan
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
pandanglah ke kiri
pandanglah ke kanan
adakah tidak punya lagi tanggungjawab selain apa yang kita ada sekarang??
adakah kita tidak akan dipertanggungjawabkan di atas kelalaian ini??
fikirkanlah wahai teman.
wallaua3lam.
peace no war!!
Rujukan
No comments:
Post a Comment